SHAH ALAM - Langkah pembatalan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas 60 barang makanan dibuat hanya kerana bimbang akan kekalahan BN pada PRU14.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pembatalan tersebut hanya bersifat sementara dan hanya akan dilaksanakan sekiranya BN menang pada PRU akan datang.

"Langkah itu hanya dibuat selepas perkiraan politik kerana takut kalah dalam PRU14 dan hilang kuasa pemerintahan.

[Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan]

"Bagi saya pembatalan tersebut hanya bersifat sementara bagi menunggu selesai PRU14. Sudah pasti lebih dari 60 jenis makanan tersebut akan disenaraikan semula dan digazetkan dalam senarai barangan yang dikena GST berkadar standard 6 peratus," katanya dalam kenyataan, semlama

Pelaksanaan GST ke atas  60 lagi item makanan akan dibatalkan, berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan semalam.

Ketua Pengarah Kastam T Subromaniam berkata, pihaknya telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan.

Menurut Mahfuz lagi, langkah pelaksaan GST ke atas 60 jenis makanan itu dibuat tanpa pertimbangan memikirkan kos sara hidup yang tinggi.

"Pertimbangan kerajaan hanyalah sema-mata untuk menampung keborosan, pembaziran, penyelewengan dari salahguna kuasa pemimpin dengan GST tanpa melihat kesan peningkatan inflasi.

"Hanya selepas bantahan dari pelbagai pihak khususnya dari kalangan ahli dan parti politik dan dibimbangi kemarahan rakyat memuncak menolak kerajaan BN pada PRU14 nanti barulah dibatalkan gazet tersebut," katanya lagi.

-Sinarharian

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.