KEMAMAN 16 Jun - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai sudah mengenal pasti lokasi pesawat pejuang jenis Hawk 108 yang dilaporkan terhempas semalam.

Difahamkan lokasi tumpuan tidak jauh dari kawasan dua mayat  juruterbangnya, Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, dan Mohd. Yazmi Mohamed Yusof, 39, yang ditemukan di kawasan paya berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai di sini.

Sementara itu, tinjauan di lokasi pencarian mendapati pegawai TUDM bersama kakitangan dipercayai daripada syarikat kontraktor penyelenggara pesawat tersebut dilihat memasuki ke lokasi kira-kira pukul 1.15 petang ini untuk menjalankan siasatan.

Mereka terdiri daripada tiga pegawai dan lima kakitangan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan dikeluarkan daripada mana-mana pihak berhubung aktiviti berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.