KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan Datuk Siringan Gubat, 68, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 10.57 malam tadi.

Beliau meninggal seminggu selepas seorang anggota kabinet Sabah, ADUN Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang juga Menteri Belia dan Sukan, meninggal dunia akibat kanser.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO) Albert Bingkasan dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Siringan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles di sini, malam tadi.

Bingkasan berkata mendiang Siringan, yang juga timbalan presiden UPKO akan dibawa ke Kampung Kinirasan, Ranau pada 23 Mac untuk dikebumikan pada hari berikutnya (24 Mac).

Siringan merupakan Anggota Parlimen Ranau sejak 2008 sebelum menjadi wakil rakyat Paginatan pada 2013. -Bernama

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.